Monday 17 October 2016

Latar Belakang



PERPUSTAKAAN DESA KOK KLANG

Perpustakaan Desa Kok Klang terletak dalam kawasan Chuping. Binaan awal iaitu pada tahun 1965 dan diubahsuai pada tahun 1999. Persetujuan mewartakan bangunan lama untuk dijadikan perpustakaan desa telah dipersetujui oleh pemimpin masyarakat kampung dan penghulu mukim serta ketua kampung bersama wakil rakyat kawasan. Pada asalnya, tanah tersebut adalah hak milik ketua kampung Kok Klang iaitu En. Ahmad Bin Jasin.

Asalnya perpustakaan ini adalah dewan orang ramai iaitu tempat untuk mengadakan perjumpaan dan mesyuarat. Diubah kepada status Perpustakaan Desa pada tahun 1999.

Terdapat 4 buah kampung di sekitar Kg. Kok Klang antaranya ialah Kg. Guar Nangka, Kg Che Gu Ali, Kg. Paya Burma dan Kg. Baru. 

No comments:

Post a Comment